Thursday

HENTIKAN CERITA SEJADAH BERDIRI!


1. Hari ini heboh dengan cerita sejadah berdiri seumpama sedang menunaikan solat, walhal cerita ini hanyalah satu rekaan dan sengaja dilakukan oleh pihak yang tidak bertangunggjawab.Saya banyak menerima sms dan panggilan talifon bertanyakan kesahihan cerita sejadah ini, untuk itu saya terpanggil untuk menulis catatan ini.

2. Cerita sebegini haruslah diberhentikan segera kerana ia boleh merosakkan akidah masyarakat islam kerana taksud serta boleh memesongkan pegangan terhadap agama islam.

3. Saya bersetuju dengan Mufti Kelantan di atas kenyataan beliau agar diambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan kerja tersebut, kerana saya bimbang ia boleh menyesatkan umat islam di atas benda yang hanya rekaan semata-mata.

4.Saya minta kepada semua pihak memandang serius dan terus mengambil tindakan dengan segera kerana saya bimbang perkara ini terus tersebar dan boleh merosakkan pegangan akidah umat islam akibat cerita sejadah yang direka semata-mata.

5. Akhir sekali saya pohon agar akhbar-akhbar hentikan certa ini dengan segera dan kemukan cerita yang sebenar, tidak perlulah lagi untuk melariskan akhbar dengan mengeluarkan cerita sebegini.Kerjasama oleh semua amatlah diperlukan, semoga umat islam tidak terjerumus oleh permainan yang boleh merosakkan pegangan akidah terhadap agama islam.

PUTERA ISLAM ©Penafian: Putera Islam tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan akibat menggunakan laman web ini.Hakcipta Terpelihara Mohd Arif@2009 Mohd Arif.

TOPO