Monday

Salam Edulfitri Minal 'aid wal faizi

Alhamdulillah dengan rasa syukur seluruh umat islam diseluruh pelusuk dunia akan menyambut kedatangan bulan syawal seterusnya meraikan kemenangan dalam mengharungi akademik ramadhan al-mubarak.

Ramadhan akan berlalu pergi meninggalkan kita semua, apa yang perlu kita analisiskan adakah amal ibadah dan pengisian dalam bulan ramadhan pada tahun ini cukup membanggakan atau ia hanya berlalu dengan sia-sia sahaja, jika ianya tanpa pengisian dan ihya ramadhan maka amat rugilah bagi orang-orang yang mengsia-siakan peluang didalam bulan penuh barakah ini.

Semoga proses pembelajaran dalam akademik ramadhan kita pada tahun ini berjaya melalui tiga peringkat, peringkat pertama rahmat,kemudaian maghfirah dan akhirnya itqun minnar.Jika kita berjaya didalam pembelajaran tersebut maka Allah telah menjajinkan dibebaskan dri api neraka seterusnya diletakkan didalam syurga kekal selamanya.

Berakhirnya bulan ramadhan bukan bermakna segala-galanya telah pun tamat, amal ibadah wajib diteruskan tanpa ada perhentian.Bulan syawal adalah bulan untuk menraikan kejayaan dalam mengharungi proses didalam bulan ramadhan al-mubarak.Kita semua digalakkan bertasbih dan bertahmid memuji Allah atas kejayaan pembelajaran dalam ramadhan al-mubarak.

Salam edulfitri buat semua teman-teman dan seluruh umat islam...Allahu Akbar..Allahu Akbar..

Sunday

Wang Royalti Milik Kelantan




Penjelasan YBM Tengku Razaliegh Hamzah


1. Alhamdulillah puluhan ribu rakyat kelantan berkumpul di Stadium Muhammad ke -IV bagi mendegar penjelasan berhubung tuntutan wang royalti petroleum hak mutlak Kerajaan Negeri Kelantan.

2. Fakta ini jelas membuktikan bahawa Kelantan sememangnya berhak dibayar wang royalti dan bukannya wang ehsan sepertimana yang telah tercatat pada perjanjian antara petronas pada tahun 1974.YBM Tengku Razaliegh Hamzah merupakan antara pengasas petronas dan sudah tentu lebih arif dalam hal ini.

3. Dalam hal ini, saya melihatnya wujudnya pembohongan dari Kerjaan Persekutuan yang mendakwa Negeri Kelantan tidak layak dibayar wang royalti tetapi hanya layak diberi wang ehsan dan disalurkan ke Jabatan Pembangunan Persekutuan(JPP).JPP merupakan badan yang bernaung dibawah kerajaan persekutuan malah langsung tidak berfungsi untuk kerajaan negeri Kelantan kerana JPP tidak pernah wujudkan hubungan baik dengan kerajaan Kelantan.

4. Wang royalti tersebut sepatutnya dibayar terus kepada kerajaan negeri Kelantan dan ia telah termaktub dalam perjanjian antara petronas dan Kerajaan Kelantan pada tahun 1975.Sewaktu itu Allahyarham Tun Abdul Razak selaku perdana menteri.

5. Kesimpulannya jika YBM Kuli bersetuju negeri kelantan berhak menuntut wang royalti mengapa Datuk Mustapa dan Datuk Dr Awang Adek hendak menafikan. Adakah Datuk Mustafa dan Datuk Dr Awang Adek lebih pandai dari YBM Kuli? Sedangkan jelas lagi bersuluh serta berfakta YBM Kuli lebih memahami kerana beliaulah antara orang pertama yang mewujudkan perjanjian tersebut.Jangan kerana dendam kesumat politik sanggup menggadai negeri dan menghukum rakyat dengan kejam sebegini.


Harapan Tahun 2010

1.Setiap kali kemunculan tahun baru maka akan adalah sambutan bagi meraikan kedatangan tahun baru tersebut.Ianya seperti sudah menjadi budaya dinegara Malaysia ini,walhal budaya sambutan ini datangnya dari barat yang berfikiran sekualer serta jelas menolak islam.

2.Dalam hal ini saya tidak mahu menunding jari mana-mana pihak,tetapi ia amat mengecewakan kita sebagai sebuah negara yang majoritnya beragama islam.Kecewanya kerana mengapa kita perlu mengikut budaya barat yang bercanggah dengan ajaran islam sedangkan islam itu agama yang bersih dari segala kekotoran.

3.Kemunculan tahun baru maka akan meningkatlah kes-kes jenayah,gejala sosial dikalangan remaja dan sebagainya.Sambutan tahun baru disajikan dengan konsert-konsert,tari menari dan program yang becanggah dengan tuntutan islam.Penganjuran sambutan seperti itu jelas bertentangan dengan ajaran islam tetapi pihak yang bertanggungjawab seolah-olah tidak ambil peduli soal hukum hakam islam.

4.Ingat keruntuhan moral dan meningkatnya gejala sosial dikalangan remaja adalah berpunca dari tangan-tangan manusia itu sendiri.Salah menguruskan dan mentarbiyah ummatnya dari menjauhi perkara-perkara mungkar amat bahaya dan boleh memusnah negara serta akan mewujudkan budaya sonsang.

5.Semua pihak perlu ambil serius terhadap perkara tersebut kerana bimbang anak-anak muda generasi akan datang musnah dan lupa pada pegangan ajaran islam yang sebenar.Kerajaan yang berkuasa juga perlu melaksanakan perubahan dan tidak lagi menganjurkan sambutan-sambutan yang bercanggah dengan ajaran islam.

6.Akhir sekali marilah kita lakukan perubahan sempena kemunculan tahun baru ini.Segala keburukkan dan kesalah yang dilakukan ditahun sebelumnya perlulah ditinggalkan segera.Semoga tahun baru pada kali ini kearah perubahan yang menyeluruh dan meniti jalan yang lurus mengikut lunas-lunas berteraskan Al-quran dan Hadis.Perancangan perlulah disertakan dengan perlaksanaan maka barulah akan lahirah hasil yang cemerlang.INSYAALAH.

PUTERA ISLAM ©Penafian: Putera Islam tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan akibat menggunakan laman web ini.Hakcipta Terpelihara Mohd Arif@2009 Mohd Arif.

TOPO