Monday

PEMIMPIN RASUAH

1. Kemajuan sesebuah negara tidak hanya diukur dari segi pembangunan material semata-mata, tetapi ia perlu dilihat dengan semua kemajuan, baik kemajuan pembangunan material dan pembangunan modal insan menurut persepsi Islam.

2. Pembangunan kedua-dua tersebut harus dibangunkan seiring agar pembangunan itu dilihat seimbang dari sudut duniawi mahupun ukhwari.

3. Pembersihan kepimpinan yang suka mengamalkan rasuah perlu diadakan segera kerana ia melibatkan integriti sesebuah negara, jika negara tersebut mahu dikenali sebagai negara yang maju dan stabil dalam semua aspek.

4. Pembersihan boleh dilaksanakan melalui sistem pilihanraya yang adil dan tidak mempunyai unsur-unsur untuk membela mana-mana parti. Ia perlu diserahkan sepenuhnya kepada rakyat untuk menilai sesebuah kempimpinan dan bukanya disogok melalui wang, projek-projek yang kadangkala tidak memberi keuntungan pun kepada rakyat.

5. Jika kempinan rasuah ini terus kekal menguasai maka saya fikir negara akan musnah dan hancur dari segala-galanya. Bangsa melayu pun mula dipandang hina oleh bangsa lain kerana rasuahlah punca kemusnahan segala-galanya.

6. Untuk mengukuhkan kekuatan kepimpinan yang lebih bercorak bersih,adil dan amanah, maka perlulah segera melaksanakan sistem yang berkonsepkan islam yang berteraskan Al-quran dan Hadis. Konsep tersebut sememangnya menjanjikan kemakmuran dan kerharmonian buat semua bangsa dan masyarakat.

7. Akhir sekali saya pinta kepada semua golongan, terutama golongan pemuda diluar sana marilah kita kembali menghayati al-quran serta mengamalkan segala isi kandungannya,semoga kita beroleh kejayaan untuk kita bawa diakhirat nanti. Bagi pemimpin rasuah marilah sama-sama kita tolak secara total kerana ia amat merugikan bangsa serta akan memusnahkan negara Malaysia yang kita cintai ini.

Seja o primeiro a comentar

PUTERA ISLAM ©Penafian: Putera Islam tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan akibat menggunakan laman web ini.Hakcipta Terpelihara Mohd Arif@2009 Mohd Arif.

TOPO