Saturday

AL-FATIHAH BUAT ARWAH USTAZ MUZDI

1.Berita yang menyedihkan buat semua terutama bagi pelajar Maahad Muhammadi Pasir Mas di atas pemergian arwah Ustaz Muzdi bin Awang secara mengejut.Ustaz Muzdi merupakan seorang yang cukup terkenal sebagai guru taranum di sekitar daerah Pasir Mas,arwah merupakan anak didik Tuan Guru Nik Jaafar atau sinonim dengan panggilan “nik pa” yang dilebih dikenali sebagai juri taranum bagi peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

2.Arwah juga bergiat aktif di dalam bidang seni nasyid, banyak lagu-lagu nasyid yang arwah ciptakan dan pernah dinobatkan sebagai lirik terbaik ketika pertandingan nasyid peringkat kebangsaan.Saya cukup kagum dengan arwah yang mempunyai semangat yang tinggi dalam menempuhi cabaran dunia seni, kerana arwah lebih mementingkan lagu nasyid tradisional berbanding lagu nasyid modem, walaupun lagu nasyid tradisional kurang diterima pada masa kini terutama oleh golongan muda.

3.Pemergian arwah Ustaz Muzdi memberi kesan kerana kehilangan seorang guru yang mahir dan berpengetahuan luas dalam bidang al-quran dan bacaan secara bertaranum.

4.Di kesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan takziah buat keluarga arwa Ustaz Muzdi bin Awang dan saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama para syuhada.Akhir sekali saya menyeru kepada sesiapa yang mengenali arwah Ustaz Muzdi bin Awang sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah…

DARIPADA ANAK MURID
MUMOHD ARIF BIN IBRAHIM

PUTERA ISLAM ©Penafian: Putera Islam tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan akibat menggunakan laman web ini.Hakcipta Terpelihara Mohd Arif@2009 Mohd Arif.

TOPO