Thursday

Bencana Banjir





1. Bencana banjir kali ketiga menimpa lagi di Negeri Kelantan. Hujan turun semenjak hari isnin hingga ke hari khamis menyebabkan beberapa tempat mula ditenggelami air. Sistem perparitan yang tidak mampu untuk mengalirkan air ke sungai menyebabkan air bertakung dan banjir terutama dikawasan rendah.

2. Sistem perparitan yang sistematik sahaja boleh mengurangkan masalah banjir yang selalu dialami oleh penduduk terutama disebelah pantai timur.Sistem empangan yang tinggi serta dapat menampung ledahan air juga amat penting bagi memastikan mangawal air dari terus mengalir ke tempat-tempat dikawasan yang rendah.

3. Semua pihak perlu berganding dan memikirkan bagaimana cara untuk mengatasi masalah banjir suapaya ia dapat diatasi kerana bila sahaja mula musim hujan, maka akan berlakulah masalah kepada rakyat untuk melaksanakan pekerjaan terutama bagi rakyat golongan yang miskin. Banjir boleh menyebabkan kemusnahan rumah, kedai dan punca untuk mencari rezeki pun tergendala.

4. Sama-samalah kita cuba mengatasi masalah banjir ini, dan kita memohon agar hujan segera berhenti. Nasihat saya pada ibubapa agar menjaga anak-anak masing dari bermain air banjir kerana bahaya dan malang bila tiba ianya tidak dapat kita ketahui.

Monday

PEMIMPIN RASUAH

1. Kemajuan sesebuah negara tidak hanya diukur dari segi pembangunan material semata-mata, tetapi ia perlu dilihat dengan semua kemajuan, baik kemajuan pembangunan material dan pembangunan modal insan menurut persepsi Islam.

2. Pembangunan kedua-dua tersebut harus dibangunkan seiring agar pembangunan itu dilihat seimbang dari sudut duniawi mahupun ukhwari.

3. Pembersihan kepimpinan yang suka mengamalkan rasuah perlu diadakan segera kerana ia melibatkan integriti sesebuah negara, jika negara tersebut mahu dikenali sebagai negara yang maju dan stabil dalam semua aspek.

4. Pembersihan boleh dilaksanakan melalui sistem pilihanraya yang adil dan tidak mempunyai unsur-unsur untuk membela mana-mana parti. Ia perlu diserahkan sepenuhnya kepada rakyat untuk menilai sesebuah kempimpinan dan bukanya disogok melalui wang, projek-projek yang kadangkala tidak memberi keuntungan pun kepada rakyat.

5. Jika kempinan rasuah ini terus kekal menguasai maka saya fikir negara akan musnah dan hancur dari segala-galanya. Bangsa melayu pun mula dipandang hina oleh bangsa lain kerana rasuahlah punca kemusnahan segala-galanya.

6. Untuk mengukuhkan kekuatan kepimpinan yang lebih bercorak bersih,adil dan amanah, maka perlulah segera melaksanakan sistem yang berkonsepkan islam yang berteraskan Al-quran dan Hadis. Konsep tersebut sememangnya menjanjikan kemakmuran dan kerharmonian buat semua bangsa dan masyarakat.

7. Akhir sekali saya pinta kepada semua golongan, terutama golongan pemuda diluar sana marilah kita kembali menghayati al-quran serta mengamalkan segala isi kandungannya,semoga kita beroleh kejayaan untuk kita bawa diakhirat nanti. Bagi pemimpin rasuah marilah sama-sama kita tolak secara total kerana ia amat merugikan bangsa serta akan memusnahkan negara Malaysia yang kita cintai ini.

Sunday

Tahniah Pasukan Bola Kelantan!


1. Hari ini Pasukan Kelantan beraksi dengan penuh semangat dan corak permainan yang cukup cantik.

2.Walaupun ketiadaan pemain utama iaitu Indra Mahyuddin selaku ketua pasukan tetapi dengan semangat dan matlamat utama akhirnya pasukan yang digelar "The Red Warrior'S" berjaya mara ke final bagi merebut Piala Malaysia.

3.Tahniah saya ucapkan pada pasukan kelantan dan jurulatih pasukannya saudara Sathia yang membawa nama Kelantan di dalam arena bola Piala Malaysia. Buat Presiden Kafa Tan Sri Anuar Musa juga saya ucapkan tahniah kerana banyak perubahan sejak Tan Sri memegang jawatan tersebut.

GOMO KELATE GOMO!
GROW WITH ISLAM

Thursday

HENTIKAN CERITA SEJADAH BERDIRI!


1. Hari ini heboh dengan cerita sejadah berdiri seumpama sedang menunaikan solat, walhal cerita ini hanyalah satu rekaan dan sengaja dilakukan oleh pihak yang tidak bertangunggjawab.Saya banyak menerima sms dan panggilan talifon bertanyakan kesahihan cerita sejadah ini, untuk itu saya terpanggil untuk menulis catatan ini.

2. Cerita sebegini haruslah diberhentikan segera kerana ia boleh merosakkan akidah masyarakat islam kerana taksud serta boleh memesongkan pegangan terhadap agama islam.

3. Saya bersetuju dengan Mufti Kelantan di atas kenyataan beliau agar diambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang melakukan kerja tersebut, kerana saya bimbang ia boleh menyesatkan umat islam di atas benda yang hanya rekaan semata-mata.

4.Saya minta kepada semua pihak memandang serius dan terus mengambil tindakan dengan segera kerana saya bimbang perkara ini terus tersebar dan boleh merosakkan pegangan akidah umat islam akibat cerita sejadah yang direka semata-mata.

5. Akhir sekali saya pohon agar akhbar-akhbar hentikan certa ini dengan segera dan kemukan cerita yang sebenar, tidak perlulah lagi untuk melariskan akhbar dengan mengeluarkan cerita sebegini.Kerjasama oleh semua amatlah diperlukan, semoga umat islam tidak terjerumus oleh permainan yang boleh merosakkan pegangan akidah terhadap agama islam.

Sunday

Salam Edulfitri


1. Alhamdulillah seluruh umat islam didunia pada hari ini berjaya melalui proses madrasah ramdhan yang banyak mengajar erti taqwa kepada Allah S.W.T. Dengan ketibaan syawal pada kali ini marilah sama-sama kita perbanyakkan tasbih dan tahmid tanda mensyukuri nikmat yang dikurniakan kepada kita semua.

2. Dikesempatan ini saya ingin memohon kemafaan seandainya ada tersalah atau terkasar bahasa kepada teman-teman seperjuangan, serta yang mengenali diri saya. Marilah sama-sama kita mengambil peluang dibulan syawal ini dengan mengeratkan lagi silaturahim agar ikatan ukhuwah terus berpanjagan. “Buang yang keruh ambilah yang jernih”

3. Akhir sekali, didalam kita bergembira janganlah kita lupa kepada golongan fakir miskin, marilah sama-sama kita perbanyakkan sedekah yang mana dituntut oleh islam.SELAMAT MENYAMBUT EDULFITRI MINAL EIDIN WALFAIZIN WAL MAQBULIN.

Tuesday

RAMADHAN AL-MUBARAK

1.Ramadhan al-mubarak merupakan bulan yang penuh keberkatan serta bulan menguji sejauh mana kesabaran dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. Berpuasa bukan sahaja diterjemah melalui lapar dan dahaga.Malah ibadah puasa merupakan satu proses mendidik dan mengajar manusia erti ketaqwaan dan kesabaran serta mensyukuri nikmat yang diperolehi.

2.Dalam bulan Ramadan juga terdapat 'Lailatul Qadr', tadarus al-Quran, tazkirah, sesi berbuka puasa dan sahur, qiamullail, iktikaf, pengeluaran zakat fitrah, sedekah, penyediaan juadah berbuka puasa untuk orang yang berpuasa, bersolat jemaah pada solat lima waktu, bersegera melakukan kebaikan dan banyak lagi merupakan amalan-amalan yang boleh melonjakkan prestasi seorang individu Muslim itu kepada Allah SWT.

3.Bayangkan, bahawa Rasulullah s.a.w. ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi maksudnya, setiap amalan sunat seseorang Muslim itu pada bulan Ramadan dianggap sebagai satu amalan fardu, dan amalan fardunya pula diganjari hingga 700 pahala, ia bertujuan menggalakkan kepada semua agar bersungguh melakukannya dan meraih pahala daripada Allah SWT.

Pelaksanaan pengislahan diri pada bulan Ramadan

  • Paling utama yang perlu anda lakukan ialah pulihkan hubungan baik dengan Allah, jadikan Ramadan tahun ini sebagai langkah permulaan ke arah itu dengan sentiasa memerhatikan segala kekurangan yang telah anda lakukan terhadap-Nya dalam segenap tindakan beribadat sebelum kehadiran Ramadan.
  • Jadikan Ramadan tahun ini untuk bertekad melakukan solat fardu pada awal waktu secara berjemaah di masjid atau surau, sama ada ketika berada di rumah atau di pejabat.
  • Mulakan tekad untuk bertadarus al-Quran, bukan sahaja dalam bentuk bacaan, malah meneliti ayat-ayatnya yang terdiri daripada arahan, larangan, janji syurga dan neraka, pahala dan dosa, mengenai hukum-hukum Allah yang wajib dilaksana, ayat-ayat gembira, sedih, ancaman dan sebagainya bagi membangkitkan rasa tanggungjawab untuk menjadikan diri sebagai hamba Allah yang kerdil di sisi-Nya, kerana al-Quran adalah kitab Allah yang abadi hingga ke akhir zaman.
  • Menjadikan pelaksanaan solat fardu lima waktu sebagai pemangkin kepada meninggalkan perkara-perkara terlarang, sepertimana yang ditegaskan Allah dalam al-Quran, ia dapat dilakukan melalui penghayatan terhadap segenap bacaan yang terkandung dalam ibadat tersebut.
  • Bertekad untuk melakukan 'taubat nasuha' iaitu dengan niat dan berazam untuk meninggalakan segala kejahatan, tidak mahu mengulanginya semula, bersahabat dengan orang-orang yang boleh meningkatkan keimanan kepada Allah SWT, kerana setiap satu kesalahan walaupun kecil bentuknya, jika ia dilakukan, sesungguhnya ia telah mengundang kemarahan Allah, menggembirakan syaitan, menjauhkan diri anda daripada syurga, mendekatkan diri kepada neraka, menyebabkan Rasulullah s.a.w. sedih di dalam kubur, menyakiti para Malaikat, mengkhianati seluruh makhluk yang ada di muka bumi ini.
  • Layani kedua-dua ibu bapa dengan baik dan sopan khususnya pada bulan Ramadan, ia juga termasuk menghormati golongan yang lebih tua daripada diri anda seperti abang, kakak, para guru dengan ungkapan yang boleh membangkitkan rasa hormat terhadap mereka.
  • Berbuat baik terhadap jiran tetangga, kawan-kawan, saudara mara, mohonlah kemaafan atas kesalahan yang pernah anda lakukan terhadap mereka, bukan tunggu menjelangnya awal Syawal.
  • Hadiri majlis-majlis tazkirah yang boleh membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap agama. Tinggalkan tabiat buruk menjelang Ramadan seperti suka melewatkan solat fardu, melepak, tidak suka berkunjung ke masjid atau surau.
  • Hormati bulan Ramadan dengan menutup aurat dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda seorang Muslimah, kerana orang yang tidak menghormati bulan Ramadan dengan menjaga maruah dan harga dirinya tidak mungkin akan diberi syafaat Rasulullah s.a.w. untuk masuk syurga pada hari Kiamat.
4.Yang penting, pengislahan diri yang mahu anda lakukan itu pada bulan Ramadan, janganlah terhenti dengan kedatangan bulan Syawal, kerana Allah SWT bukan sahaja ada pada bulan Ramadan, malah sepanjang bulan, sepanjang masa Dia memerhatikan kita.

5.Mudah-mudahan Ramadan tahun ini adalah yang terbaik untuk kita persembahkan ke hadrat Allah SWT. Ingatlah saudara-saudari, umur kita semakin hari semakin meningkat tua, perhatikan sepanjang kita hidup yang sudah pun mencecah puluhan tahun dengan memakan rezeki Allah.Apa yang telah kita lakuan untuk agama-Nya dari sudut sumbangan, jasa bakti seperti yang pernah ditonjolkan oleh para sahabat baginda sebelum mereka meninggal dunia. Sama-samalah kita fikirkan.

ISLAM UNTUK SEMUA

1. Islam adalah agama yang syumul dalam semua aspek. Islam juga merupakan agama yang terbaik daripada agama-agama lain.

2. Agama islam tidak pernah menggalakkan perjuagaan yang lebih bersifat perkauman, kerana islam boleh dianuti oleh semua kaum baik melayu, cina , india dan sebagainya. Jika diperjuangkan konsep tersebut maka akan wujudlah perpecahan islam di antara kaum-kaum.
3. Konsep perjuangan bangsa semata-mata tidak akan menguntungkan apa-apa, malah lebih akan mewujudkan suasana perpecahan. Konsep bersifat islam melalui slogan islam untuk semua saya fikir terbaik dalam menyebarkan dakwah serta memperkenalkan islam merupakan agama yang terbaik.

4. Dengan konsep islam untuk semua, maka segala urusan dan pentadbiran juga perlu mengikut islam secara menyeluruh dengan berpandukan al-quran dan hadis. Jika tidak konsep tersebut gagal dan tidak mencapai objektifnya.

5. Pada pendapat saya jika konsep ini dilaksanakan, islam akan diterima oleh semua bangsa dan dengan itu islam juga boleh menyatupadukan ummah sebagaimana Rasulullah menyatupadukan ummah sebelum ini.

6. Hanya slogan sahaja saya fikir konsep ini tidak ini tidak akan memberikan apa-apa makna, apa yang lebih penting perlaksanaan melalui pemerintah dan rakyat bersatupadu dalam menjayakan konsep tersebut agar syiar islam dapat diterima oleh semua, INSYAALLAH.

Saturday

AL-FATIHAH BUAT ARWAH USTAZ MUZDI

1.Berita yang menyedihkan buat semua terutama bagi pelajar Maahad Muhammadi Pasir Mas di atas pemergian arwah Ustaz Muzdi bin Awang secara mengejut.Ustaz Muzdi merupakan seorang yang cukup terkenal sebagai guru taranum di sekitar daerah Pasir Mas,arwah merupakan anak didik Tuan Guru Nik Jaafar atau sinonim dengan panggilan “nik pa” yang dilebih dikenali sebagai juri taranum bagi peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

2.Arwah juga bergiat aktif di dalam bidang seni nasyid, banyak lagu-lagu nasyid yang arwah ciptakan dan pernah dinobatkan sebagai lirik terbaik ketika pertandingan nasyid peringkat kebangsaan.Saya cukup kagum dengan arwah yang mempunyai semangat yang tinggi dalam menempuhi cabaran dunia seni, kerana arwah lebih mementingkan lagu nasyid tradisional berbanding lagu nasyid modem, walaupun lagu nasyid tradisional kurang diterima pada masa kini terutama oleh golongan muda.

3.Pemergian arwah Ustaz Muzdi memberi kesan kerana kehilangan seorang guru yang mahir dan berpengetahuan luas dalam bidang al-quran dan bacaan secara bertaranum.

4.Di kesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan takziah buat keluarga arwa Ustaz Muzdi bin Awang dan saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama para syuhada.Akhir sekali saya menyeru kepada sesiapa yang mengenali arwah Ustaz Muzdi bin Awang sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah…

DARIPADA ANAK MURID
MUMOHD ARIF BIN IBRAHIM

Faktor Keruntuhan Moral Remaja

1.Gajala sosial dikalangan remaja semakin membimbangkan,di akhbar dan televisyen tiap-tiap hari keluar dengan berita yang amat memalukan terutamanya yang terlibat itu adalah dari kalangan remaja.

2.Antara faktor keruntuhan moral dikalangan remaja adalah bermula dari institusi keluarga dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka.Sesebuah keluarga perlu menjadi contoh terbaik terutama ibubapa yang amat penting dalam memastikan anak-anak kearah jalan yang betul serta pandai menguruskan diri dari anasir-anasir yang boleh menghancurkan maruah dan nama baik keluarga.

3.Jika sesebuah keluarga gagal dalam membimbing anak-anak mereka maka akan mudahlah anak-anak tersebut terpengaruh dengan gejala-gejala seperti merokok,menghisap dadah dan sebagainya.Ibubapa perlu mengawal dan mengambil berat setiap gerak-geri anak-anak agar tidak bergaul dengan golongan yang tidak bermoral.

4.Remaja juga perlu berfikiran rasional dalam melakukan sesuatu, jangan mudah terikut-ikut dengan budaya barat dan rakan anda yang tidak bermoral. Saya yakin dan percaya dengan cara itu para remaja dapat menjauhkan dari gejala-gejala yang tidak moral tuntas menjadi remaja yang berkomitmen dan bersih dari perkara-perkara yang tidak bermoral.

5.Akhir sekali, ingatlah remaja merupakan aset kepada Negara, kerana remajalah yang akan memimpin generasi yang akan datang. Jika tidak generasi muda akan datang dipimpin oleh golongan yang tidak bermoral serta akan wujudlah bangsa tidak bermaruah.Yang paling utama ibubapa perlulah berganding bahu dalam mendidik anak-anak.

Sunday

PEMERGIAN ARWAH TOK WAN

1.Pemergian arwah atuk(Tok Wan) pada ketika itu saya berada di Johor dan tidak dapat berkesempatan untuk menatap wajahnya buat kali terakhir.Pemergiannya sungguh memberi kesan dan merasa pilu buat saya dan keluarga.Arwah mengidap penyakit ketumbuhan didalam perut dan terlantar sakit teruk selama 2 bulan.

2.Arwah cukup terkenal di daerah pasir mas terutama di sekitar kampung kubang pandak,kerana sikap arwah yang banyak membantu untuk mendapatkan peruntungan bagi surau kampong kubang pandak.Di bawah pimpinan arwah tok wan surau tersebut hidup dengan solat berjemaah dan tazkirah dari kalangan ustaz-ustaz dan banyak program sosial diwujudkan.

3.Kepada sesiapa yang mengenali arwah tok wan sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah moga rohnya ditempatkan bersama-sama para syuhadah dan dimasukkan didalam syurga yang menjanjikan kedamaian dan kemakmuran AMIN..AL-FATIHAH

MOHD ARIF IBRAHIM

Tuesday

Bolehkah Boikot Barangan Amerika dan Israel?

1.Seluruh dunia mengutuk dan mengkiritik serangan jahat di Palestin.Banyak pihak menyuarakan agar memboikot barangan dari Amerika dan Israel,namun sebegai pengguna bolehkah kita terus memboikot.Kerana sebahagian barangan merupakan keperluan seharian pengguna.

2.Bagi saya ianya sebenar bergantung kepada pihak kerajaan agar terus memberhenti import barangan yang dikeluarkan oleh pihak Amerika dan Israel.Dengan ini akan dapat mengurangkan ekonomi dan melemahkan pasaran saham Amerika dan Israel.

3.Jika seluruh Negara memboikot dan memberhentikan import barangan dari Negara Amerika dan Israel saya yakin dan percaya Negara tersebut akan terjejas dari segi ekonomi dan dengan ini Amerika tidak lagi dapat berkuasa dalam pasaran ekonomi dunia.

4.Jesteru itu sesebuah kerajaan perlu memainkan peranan penting bagi mengajak rakyat untuk memboikot barangan dari Amerika,Israel dan sekutunya.Jika tidak ianya hanya cakap kosong hanya untuk menyedapkan halua teliga sahaja tetapi pada dasarnya tidak mempunyai kesan apa pun.

5.Pada semua pihak perlulah berganding bahu dan bersatu bagi menyelesaikan masalah ini demi kesejahteraan dan keamanan dari peperangan rejim zionis laknatullah.

Saturday

Kekejaman Di Bumi Palestin

1.Bumi palestin terus bermandian darah dan dimamah peluru serangan tentera Israel yang rakus untuk berkuasa.Banyak pihak membantah dan berdemostrasi akan serangan Israel di bumi palestin.Namun yang jelasnya Israel dengan angkuhnya tetap tidak akan berhenti dari menyerang bumi palestin.

2.Seluruh Negara islam merasa pilu dan sedih dengan puluhan ribu kematian penduduk di palestin akibat serangan dari tentera rejim zionis.Walaupun ramai pihak membantah,namun tidak nampak apa-apa perubahan di bumi palestin.

3.Kekejam ini bukan sahaja di dokong oleh pihak Israel tetapi turut membantunya ialah Amerika Syarikat.Amerika Syarikat merupakan sekutu dari Israel ,membuat perancangan untuk mengusir penduduk-penduduk Arab di palestin agar dapat berkuasa dibumi palestin.

4.Selagi Amerika Syarikat menguasai dunia,Israel juga terus melakukan kekejaman dibumi palestin.Amerika syarikat memberi bantuan senjata kepada Israel bagi menghancurkan masyarakat Arab dibumi palestin.Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Negara-negara jiran Arab perlu bangkit dan bersatu untuk mengusir rejim zionis dan sekutunya dari terus melakukan kekejaman dibumi palestin.

5.Marilah sama-sama kita berdoa memohon diselamatkan bumi palestin dari kekejaman rejim zionis dan sekutu-sektunya.Sebagai orang islam doa merupakan senjata bagi melumpuhkan musuh-musuh yang senentisa mencemburui pada agama Islam.

WE CONDEMN CRUELTY IN PALESTINE
MOHD ARIF IBRAHIM

PUTERA ISLAM ©Penafian: Putera Islam tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan akibat menggunakan laman web ini.Hakcipta Terpelihara Mohd Arif@2009 Mohd Arif.

TOPO