Wednesday

Umat Islam Tidak Perlu Berpesta Menyambut Tahun Baru

1.Islam merupakan agama yang suci serta syumul dalam semua aspek.Setiap individu yang beragama islam perlulah berpegang teguh dengan ajarannya secara menyuluruh baik jasmani mahupun rohani.Apa sahaja yang bercanggah dengan ajaran islam perlulah dijauhi dan ditinggalkan demi mengabdikan diri kepada Allah yang maha Esa lagi Berkuasa.

2.Apabila tiba sahaja menjelang tahun baru,maka diseluruh dunia menyambut dengan pelbagai cara dan bermacam-macam program.Namun majoritinya sambutan tersebut bercanggah dengan ajaran islam kerana sambutan tersebut diadakan dengan tari menari,hiburan yang melampau dimana lelaki dan perempuan bukan muhrim boleh duduk bersama,ini boleh memberikan imej buruk kepada agama islam.

3.Pada pendapat saya,sepatutnya sambutan tahun baru ini disambut dengan bermunajat,solat hajat serta memohon doa kepada Allah agar diberi kesejahteraan dan kemakmuran.Pihak kerajaan juga tidak sepatutnya menganjurkan pesta sambutan tahun baru ini dengan hiburan yang melampau serta bertentangan dengan ajaran islam,sebaliknya kerajaan perlu mengharamkan pesta tersebut,ia amat jelas sekali bertentangan dengan ajaran islam.Jika pesta sebegini tidak diharamkan,maka imej islam terus tercemar dan gejala sosial akan terus bermaharaja.

4.Di sini saya ingin mengajak para pembaca semua agar tidak menyambut pesta sambutan tahun baru dengan diisi hiburan serta program yang bercanggah dengan ajaran islam,malah isilah tahun baru ini dengan berdoa dan bermunajat agar dalam kehidupan kita diberi keampunan,kenikmatan dan kerahmatan untuk terus menjalani ibadah kepada Allah S.W.T.

5.Akhir sekali saya harap tahun 2009 ini akan memberi suntikan semangat baru dalam menempuh pelbagai dugaan dan cabaran.Perkara yang paling penting ialah agar islam tetap utuh dan terus berkembang demi melahirkan manusia yang beriman dan bertqwa.

SELAMAT TAHUN BARU 2009
MOHD ARIF IBRAHIM

Seja o primeiro a comentar

PUTERA ISLAM ©Penafian: Putera Islam tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan akibat menggunakan laman web ini.Hakcipta Terpelihara Mohd Arif@2009 Mohd Arif.

TOPO