Monday

Selamat Tahun Baru 1430 Hijriah


1.Alhamdulillah dengan suasa yang harmoni serta aman,sedar tidak sedar kita sudah melangkah ke tahun baru islam 1430 Hijriah,ataupun dipanggil awal muharam.Seluruh umat islam menyambut kedatangan awal muharam dengan cara dan pelbagai program bagi mengisi kedatangan awal muharam.

2.Banyak peristiwa suka dan duka,pahit manis sepanjang tahun lepas.Diantara peristiwa yang digemparkan oleh kita,dengan berita kehilangan adik Sharlini,Bukit Antarabangsa runtuh yang ramai meragut nyawa dan seluruh Negara merasakan pilu dengan kejadian tersebut.

3.Segala dugaan dan cabaran yang dihadapi kepada kita semua,haruslah ditempuhi dengan sabar dan tabah serta mengislahkan diri kepada Allah.Sebagai seorang yang beragama islam kita juga disuruh bermunajat serta perbanyakkan berdoa,memohon keampuan dari Allah di atas dosa-dosa yang telah kita lakukan pada tahun-tahun sebelumnya.

4.Sempena tahun baru islam ini,saya ingin mengajak diri saya dan belia-belia diluar sana untuk melakukan perubahan minda serta sikap yang tidak baik kearah sikap yang lebih baik.Cuba kita lihat,keruntuhan akhlak dan moral serta kadar jenayah pada tahun lepas makin meningkat,yang paling merunsingkan ianya terlibat dari kalangan para belia dan muda-mudi.

5.Jika masalah keruntuhan moral ini tidak diambil tindakan dengan segera,maka generasi akan datang terus hanyut dengan pelbagai masalah dan juga akan merugikan Negara yang akan kehilangan generasi muda untuk memimpin Negara dimasa hadapan nanti.Bagi menyelesaikn masalah ini,perlulah kembali kepada islam yang berpaksikan al-quran secara menyeluruh.

6.Pada tahun baru islam ini,marilah kita sama-sama membuat perubahan serta pertingkatkan azam untuk lebih maju kehadapan dengan harapan dan semagat baru.Segala aspirasi yang diimpikan memerlukan usaha yang jitu,jika tidak apa jua yang diimpikan tidak akan tercapai tanpa usaha yang gigih.

7.Jesteru itu saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1430Hijriah kepada rakan-rakan dan para pembaca blog putera islam08,semoga penghijrahan dari yang tidak elok kepada yang lebih baik tercapai serta mendapat rahmat dan hidayah dari Allah S.W.T.INSYAALLAH..

MOHD ARIF IBRAHIM


Seja o primeiro a comentar

PUTERA ISLAM ©Penafian: Putera Islam tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan akibat menggunakan laman web ini.Hakcipta Terpelihara Mohd Arif@2009 Mohd Arif.

TOPO