Friday

Hukum Hudud Tidak Zalim

1.Malaysia merupakan negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan agama.Dalam konteks ingin melaksanakan hukum islam ataupun disebut hukum hudud perlulah dilaksanakan dengan berhikmah agar hukum hudud ini dapat diterima oleh semua kaum,bangsa dan agama.

2.Namun itu bukan satu alasan bagi sesebuah kerajaan untuk tidak melaksanakan hukum hudud yang mana diperintahkan oleh Allah S.W.T.Sebagai penganut dan berpegang teguh dengan ajaran islam,mesti mematuhi segala perintah serta tunduk dan patuh kepada ajarannya,janganlah hukum hudud ini dipolitikkan demi menjaga kepentingan diri dan sangup gadaikan agama.

3.Ada sesetengah pihak memberi penjelesan bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan kerana hukum ini sudah lapok dan tidak lagi relevan pada zaman sekarang.Ini merupakan penjelasan yang tidak tepat dan boleh menyebabkan rosak akidah serta pegangannya terhadap agama islam.Jangan sesekali mengeluarkan kenyataan jika tidak tahu untuk bercakap dalam soal agama,ini akan menimbulkan kekeliruan terhadap agama islam.

4.Kerajaan juga tidak seharusnya menjadikan alasan bahawa malaysia ini mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama,untuk tidak melaksanakan hukum hudud.Malah kerajaan perlu ada usaha serta perancangan untuk melaksanakan hukum hudud dan menggunakan konsep amal maa'ruf nahi munkar. Jika perlaksanaan hukum hudud ini dapat dilaksanakan,maka dapatlah mengurangkan kadar jenayah yang amat parah pada masa kini.

5.Pada hemah saya jika perlaksanaan hukum ini dapat dilaksanakan,semua kaum,bangsa dan agama akan menerima hukum ini kerana hukum ini tidak akan menzalimi sesiapa yang tidak bersalah,hukum ini hanya akan menghukum orang-orang yang melakukan jenayah melalui sistem perbicaraan dimahkamah.

6.Sekali lagi saya ingin tegaskan barang siapa yang menolak serta ingkar dengan perintah Allah,mereka-meraka ini umpa tidak beriman dan tidak yakin dengan ajaran kitab Al-Quran.Marilah sama-sama kembali kepada islam yang syumul,islam yang berteraskan Al-Quran secara menyeluruh.Jangan sesekali mengadaikan agama demi kepentingan,pangkat dan wang ringgit.Akhirat kelak semuanya tidak akan membawa rahmat dan manfaat.

7.Renung dan hayatilah sedalam-dalamnya semoga islam tetap utuh serta dapat berkembang keseluruh pelusuk dunia.

Seja o primeiro a comentar

PUTERA ISLAM ©Penafian: Putera Islam tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan akibat menggunakan laman web ini.Hakcipta Terpelihara Mohd Arif@2009 Mohd Arif.

TOPO