Wednesday

UMAT ISLAM KURANG BERDAKWAH

1. Umat Islam hari ini tanpa disedari ataupun tidak, banyak terlibat dalam melakukan dosa, sama ada besar ataupun kecil, sengaja ataupun tidak sengaja, sedar ataupun tidak, tetapi mereka tetap melakukannya, antara dosa atau kesalahan yang dilakukan ialah tidak menyampaikan apa-apa yang mereka tahu kepada mereka yang tidak tahu atau yang kurang arif mengenai Islam.

2. Sebagai contoh, kadang-kadang kita melihat ada seorang muslim yang melakukan solat fardu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), masjid atau surau dalam keadaan cara pelaksanaan solatnya tidak mengikut peraturan kaedah solat yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dengan betul lagi tepat, tetapi bagi kita yang melihat, tidak sanggup untuk menegur, tidak menegur kerana takut, atau tidak ada ilmu, atau kerana malas, apapun tindakan kita itu menyebabkan orang yang salah dalam beribadat akan terus merasakan bahawa ibadat solatnya itu betul dan tepat, kerana ia salah sudah tentu ada muslim yang menegur.

3. Bayangkan jika 20 tahun dia melakukan solat sedemikian, iaitu solat yang tidak diterima Allah, maka dia dianggap serupa seperti orang yang tidak bersolat, maka orang yang tidak menunaikan solat akan ditempatkan dalam api neraka, apakah kita sanggup melihat ada di kalangan orang Islam yang bertahun-tahun melakukan ibadat-ibadat fardu selain solat dengan tidak diberi pahala dan seterusenya menjadi penghuni neraka.

4. Justeru, amal ibadat yang dikerjakan oleh seseorang muslim itu mesti disandarkan kepada ilmu dan kefahaman yang betul, kerana ia telah disebut dalam disiplin ilmu �Usul Fiqh� maksudnya : Semua amal ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu, jika ia tidak disandarkan kepada ilmu dan makrifat yang betul, maka sesungguhnya amal ibadatnya adalah tertolak (sia-sia tidak diterima Allah SWT).

5. Begitulah juga dalam persoalan ibadat-ibadat lain yang menitik-beratkan kepentingan dosa dan pahala, seperti membiarkan muslimat tidak memakai hijab (tudung kepala) atau menutup aurat dengan sempurna, kita sebenarnya berdosa dan mungkin sahaja dihitung dalam himpunan golongan orang-orang yang tidak ada iman di sisi Allah SWT, ia berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : �Sesiapa (di kalangan orang Islam) yang melihat sesuatu yang mungkar, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa yang ada), jika dia tidak mampu melakukannya dengan tangan, maka dia merubahnya dengan lidah, jika tidak mampu juga maka dengan hati (berdoa), itulah selemah-lemah iman.�

6. Apa yang dapat kita fahami daripada keterangan hadis Nabi di atas, bagi yang merubah mungkar dengan berdoa dianggap sebagai golongan yang lemah imannya, apatah lagi kalu kita tidak menegur, mencegah atau merubah mungkar, sudah tentu ia boleh disifatkan sebagai golongan yang tidak ada iman dalam hati mereka, mahukah kita dilabelkan demikian oleh Allah nanti di akhirat, justeru itu, perhatikan tindakan ketika kita masih berpeluang untuk melakukannya.

Seja o primeiro a comentar

PUTERA ISLAM ©Penafian: Putera Islam tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan akibat menggunakan laman web ini.Hakcipta Terpelihara Mohd Arif@2009 Mohd Arif.

TOPO