Wednesday

Kenapa Wanita Perlu Menutup Aurat

Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)

Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan sempurna).
Berikut beberapa hikmah menutup aurat (bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas:

1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar dengan perintah ALLAH dan Rasulullah.

Pendek kata, ada sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka, renungilah ayat berikut:
Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama, mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu adalah orang-orang yang fasik” (09:67)

2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. “kerana itu mereka tidak di ganggu”. Bagi point yang kedua ini, saya ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang lelaki dihidangkan dengan satu “show” yang menayangkan wanita dengan keadaan yang amat menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat yang jahat untuk “mendapatkan” wanita yang dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya bagi tujuan nafsunya.

Tapi, berbeza pula jika kita sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu) dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat jahat.
Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama tetapi memfokus kepada suara wanita, “Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada perasaan dalam hatinya (berhati jahat).” (33:32)

3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim. “supaya mereka lebih mudah untuk dikenal” Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga kehormatannya.

4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda.

Saya ambil beberapa contoh pencemaran yang boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang mana udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan debu (dangerous particles). Pencemaran cahaya dan radioaktif. Pencemaran cahaya adalah berpunca daripada penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin ketara, yang mana pelbagai sinar matahari yang berbahaya dengan mudah terlepas ke permukaan bumi akibat gagal ditapis oleh ozon. Maka, apa alternatifnya yang terbaik untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua bahagian badan kita yang sensitif.

Maka dengan itu, sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya terbukti tiada kesan sampingan.

Renungan:
Ingatlah rakan-rakan wanita ku. Jika anda menganggap pakaian “haram” yang anda peragakan itu lebih cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik. Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda mempraktikkannya) , maka anda di saat itu sedang melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya, dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan (memprotes) ALLAH. Na’uzubillah.
WALLAHU‘ALAM

Thursday

Ibadah Haji Dekatkan Hamba Kepada Allah

1. Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia telah pun selamat berangkat ke tanah suci Mekkah dan Madinah bagi menunai dan melengkapkan rukun Islam kelima, pemergian mereka membuktikan bahawa keredaan Allah, segala amal ibadat serta dosa-dosa dapat diampunkan Allah SWT bagai anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibunya.

2. Apabila tiba musim haji, saban tahun pengunjung Baitullah dari pelbagai ceruk dunia datang tanpa mengira pengorbanan wang ringgit walau terdiri daripada golongan yang berpendapatan sederhana atau miskin, ini tidak lain agar seluruh amalan dierima sebagai amal-amal yang soleh di sisi-Nya, Allah adalah segala-gala untuk dihadapkan ketundukan, kepatuhan hanya kepada-Nya.

3. Mereka datang dengan mengharungi pelbagai kesulitan dan kepayahan, sama ada kesulitan semasa sebelum berangkat, dalam perjalanan mahupun semasa berada di Tanah Suci, namun itu semua dapat diatasi dengan baik kerana matlamat mereka adalah untuk meraih keredaan Allah SWT.

4. Apapun, persoalan selepas mengerjakan fardu haji kurang diberi perhatian, ramai di kalangan para jemaah termasuk yang kali kedua dan ketiga masih terus melakukan perkara yang boleh menghalang haji mabrur setelah kembali ke negara masing-masing, mereka mengulangi perbuatan yang sama sebelum berangkat ke tanah suci, apabila dilihat dari satu sudut, rasa rugi terlintas di kepala kerana apa yang dilakukan semasa berada di sana bagaikan sia-sia.

5. Sebenarnya mereka kurang ilmu berhubung dengan amalan yang sepatutnya dilakukan selepas haji, ataupun tiada maklumat mengenai petua yang sepatutnya menjadi teras kepada amalan harian selepas bergelar haji, justeru, pada ruangan konsep agama kali ini, penulis cuba merungkai persoalan tanda penerimaan haji atau lebih dikenali dengan haji mabrur.

6. Perhimpunan jutaan manusia di kalangan jemaah di Padang Arafah bagaikan perhimpunan di Padang Mahsyar ketika manusia menunggu giliran amalan mereka diperhitungkan Allah, sama ada dimasukkan dalam syurga atau neraka, begitu juga ketika mengelilingi Kaabah agar merasakan kepayahan yang pernah dilalui oleh isteri Nabi Ibrahim iaitu Hajar yang berulang alik antara bukit Sofa dan Marwah dengan mendakapnya Ismail, membuktikan kecintaan mendalam terhadap Allah SWT.

7. Apa yang penting untuk dikongsikan di sini, apabila pulang ke tanah air, semestinya setiap jemaah lakukan perubahan diri dari sudut penampilan, cara bercakap, gaya hidup, cara berfikir, berpakaian dan lain-lain memperlihatkan kelainan sebelum menunaikan fardu haji, ia penting bagi memastikan haji yang telah terlaksana benar-benar diterima Allah sekali gus meraih haji mabrur.

8. Perkara-perkara yang perlu dipelihara ketika dan selepas menunaikan fardu haji : � Seseorang itu perlu merasakan bahawa hajinya diterima Allah ketika mula-mula sampai di hadapan Baitullah, memohon keampunan Allah terhadap segala dosa yang telah dilakukannya, sama ada disedari atau tidak. � Menumpukan segala perhatian terhadap pelaksanaan ibadat haji, seolah-olah memutuskan hubungan dengan isi kandungan dunia yang melalaikan, terutama ketika berdepan dengan Baitullah, di padang Arafah, memakai ihram dan lain-lain, bagaikan sedang berada di padang Mahsyar sedang menunggu giliran untuk dihisab segala amalan. � Memasang cita-cita untuk mendapatkan rahmat kasih-sayang Allah dengan hati yang penuh mengharap. � Sentiasa memelihara hubungan yang baik dengan Allah dengan reda melakukan segala suruhan-Nya dan bersedia meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya di samping memperbanyak amalan-amalan sunnat. � Beriltizam dengan wirid dan zikir harian daripada ayat-ayat al-Quran, terutamanya Ma�thurat. � Sentiasa beristighfar memohon keampunan Allah. � Sanggup untuk menangis kerana takutkan Allah, khusuk ketika solat dan terasa (berbekas hati) dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran. � Bergaul dengan orang-ramai dengan baik dan membalas kejahatan mereka dengan kebaikan. � Menitik-beratkan persoalan hubungan silaturrahim di kalangan ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan prihatin kepada golongan yang susah. � Suka bersedekah kepada golongan fakir dan miskin. � Menyegerakan hajat orang-ramai serta mencari jalan menyelesaikan masalah mereka. � Mengasihi anak-anak yatim dengan menghulurkan bantuan buat mereka. � Menyembunyikan perkara baik yang dilakukan, sama ada buat diri sendiri atau orang lain serta menjauhkan diri dari terjebak kepada suka menunjuk-nunjuk (riya�), kerana ia akan menghilang rasa ikhlas kepada Allah. � Berbuat baik terhadap kedua ibu bapa dan berusaha untuk mendapatkan keredaan mereka. � Menjauhkan diri dari melakukan sifat-sifat terkeji yang menyalahi tuntutan agama, malah berusaha mempersiapkan diri dengan sifat-sifat terpuji. � Menghindar diri dari terjebak dalam perkara syubhat yang boleh membawa kepada yang haram. � Bersikap lemah-lembut dan sentiasa bersabar ketika berhadapan dengan karenah manusia yang menjadi sasaran untuk berdakwah. � Memuhasabah terhadap kekurangan diri dengan segala kebaikan yang dilakukan. � Bertambah sifat zuhud di dunia, mementing dan melebihkan akhirat, menguasai naluri, perasaan dan jiwa, bertambah takut kepada Allah adalah di antara tanda haji seseorang itu diterima di sisi-Nya. � Tidak mengulangi perbuatan yang kurang baik menurut pandangan agama seperti duduk lama berjam-jam di kedai-kedai kopi dengan berbual pada perkara yang sedikitpun tidak menguntung agama, negara dan masyarakat.

9. Apabila seseorang itu dapat berpegang kepada maklumat dan panduan di atas, pasti Allah tidak menghampakan permohonannya untuk meraih haji yang mabrur, Insya Allah, Amin

Wednesday

UMAT ISLAM KURANG BERDAKWAH

1. Umat Islam hari ini tanpa disedari ataupun tidak, banyak terlibat dalam melakukan dosa, sama ada besar ataupun kecil, sengaja ataupun tidak sengaja, sedar ataupun tidak, tetapi mereka tetap melakukannya, antara dosa atau kesalahan yang dilakukan ialah tidak menyampaikan apa-apa yang mereka tahu kepada mereka yang tidak tahu atau yang kurang arif mengenai Islam.

2. Sebagai contoh, kadang-kadang kita melihat ada seorang muslim yang melakukan solat fardu di kawasan Rehat dan Rawat (R&R), masjid atau surau dalam keadaan cara pelaksanaan solatnya tidak mengikut peraturan kaedah solat yang diajarkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. dengan betul lagi tepat, tetapi bagi kita yang melihat, tidak sanggup untuk menegur, tidak menegur kerana takut, atau tidak ada ilmu, atau kerana malas, apapun tindakan kita itu menyebabkan orang yang salah dalam beribadat akan terus merasakan bahawa ibadat solatnya itu betul dan tepat, kerana ia salah sudah tentu ada muslim yang menegur.

3. Bayangkan jika 20 tahun dia melakukan solat sedemikian, iaitu solat yang tidak diterima Allah, maka dia dianggap serupa seperti orang yang tidak bersolat, maka orang yang tidak menunaikan solat akan ditempatkan dalam api neraka, apakah kita sanggup melihat ada di kalangan orang Islam yang bertahun-tahun melakukan ibadat-ibadat fardu selain solat dengan tidak diberi pahala dan seterusenya menjadi penghuni neraka.

4. Justeru, amal ibadat yang dikerjakan oleh seseorang muslim itu mesti disandarkan kepada ilmu dan kefahaman yang betul, kerana ia telah disebut dalam disiplin ilmu �Usul Fiqh� maksudnya : Semua amal ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu, jika ia tidak disandarkan kepada ilmu dan makrifat yang betul, maka sesungguhnya amal ibadatnya adalah tertolak (sia-sia tidak diterima Allah SWT).

5. Begitulah juga dalam persoalan ibadat-ibadat lain yang menitik-beratkan kepentingan dosa dan pahala, seperti membiarkan muslimat tidak memakai hijab (tudung kepala) atau menutup aurat dengan sempurna, kita sebenarnya berdosa dan mungkin sahaja dihitung dalam himpunan golongan orang-orang yang tidak ada iman di sisi Allah SWT, ia berdasarkan kepada sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : �Sesiapa (di kalangan orang Islam) yang melihat sesuatu yang mungkar, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa yang ada), jika dia tidak mampu melakukannya dengan tangan, maka dia merubahnya dengan lidah, jika tidak mampu juga maka dengan hati (berdoa), itulah selemah-lemah iman.�

6. Apa yang dapat kita fahami daripada keterangan hadis Nabi di atas, bagi yang merubah mungkar dengan berdoa dianggap sebagai golongan yang lemah imannya, apatah lagi kalu kita tidak menegur, mencegah atau merubah mungkar, sudah tentu ia boleh disifatkan sebagai golongan yang tidak ada iman dalam hati mereka, mahukah kita dilabelkan demikian oleh Allah nanti di akhirat, justeru itu, perhatikan tindakan ketika kita masih berpeluang untuk melakukannya.

PUTERA ISLAM ©Penafian: Putera Islam tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan akibat menggunakan laman web ini.Hakcipta Terpelihara Mohd Arif@2009 Mohd Arif.

TOPO